Jelajah Dunia BWF 2024

Jelajah Dunia BWF 2024 (secara rasmi 2024 HSBC BWF World Tour atas alasan penajaan)[1] ialah musim keenam Jelajah Dunia BWF yang mempertandingkan badminton dalam 31 kejohanan yang berakhir dengan kejohanan akhir Jelajah Dunia pada akhir musim.[2] Acara-acara ini dibahagikan kepada lima tahap: Tahap 1 ialah pusingan akhir Jelajah Dunia, Tahap 2 merupakan kejohanan Super 1000 (4 kejohanan), Tahap 3 merupakan kejohanan Super 750 (6 kejohanan), Tahap 4 merupakan kejohanan Super 500 (9 kejohanan) dan Tahap 5 merupakan kejohanan Super 300 (11 kejohanan). Setiap kejohanan memberikan mata peringkat dan hadiah berbeza. Mata dan hadiah tertinggi diberikan pada tahap Super 1000 (termasuk pusingan akhir Jelajah Dunia).Terdapat satu kategori kejohanan lainnya, yakni Tahap 6, juga dikenal sebagai Jelajah BWF Super 100, yang juga memberikan mata peringkat Jelajah Dunia BWF. Meskipun turnamen pada tahap ini bukan sebahagian Jelajah Dunia BWF, kejohanan ini dapat menjadi jalan masuk dan tempat mendapatkan mata-mata awal bagi para pemain. BWF mengumumkan bahwa akan ada sembilan kejohanan Super 100 pada 2024.[3]

Jelajah Dunia BWF 2024

Tarikh 9 Januari – 15 Disember
Edisi 7